Selamatkan Malaysia.

*6 PROPAGANDA DR. MAHATHIR UNTUK RAKYAT MALAYSIA*
Shah Alam.

Pendakwaan *DS AZH* dan *DS Najib Razak* bermotif politik. Jumlah pertuduhan merupakan rekod dunia bagi memberi gambaran betapa Korupnya Kerajaan terdahulu (BN) dan betapa Rakyat *AMAT MEMERLUKAN DR. MAHATHIR* untuk membetulkan keadaan.

*PROPAGANDA PERTAMA*

Pada awalnya, Dr. Mahathir kata dia tiada kena mengena dengan pertuduhan yang dikenakan. Tetapi ketika di Bangkok, Dr. Mahathir menegaskan lebih ramai lagi akan dituduh dengan pelbagai tuduhan rasuah dan penyalah gunaan kuasa.

Propaganda ini mempunyai 2 tujuan yang pasti :

i. Memastikan Propaganda bahawa pemimpin-pemimpin UMNO terus menerus dipertontonkan kpd. Rakyat M’sia sebagai pemimpin yang Rasuah dan Korup.

ii. Ini juga bertujuan menakut-nakutkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa mereka ada kes rasuah ditangan Dr. Mahathir. Kalau tak mahu didakwa, keluar UMNO dan masuk Parti PPBM. Kemungkinan ini yg. berlaku kpd. Dato’ Mustapa Mohamad. Ini merupakan *POLITIK UGUT* yang sering menjadi Strategy politik Dr. Mahathir.

Sekiranya betul-betul adil, kenapa hanya pemimpin UMNO yang disiasat dan diambil tindakan ?

Tak ada Menteri atau pemimpin MCA, MIC atau PPBS (Sarawak) yang disiasat ?

*PROPAGANDA DUA*

Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng memulakan Propaganda bahawa Ekonomi Negara berada didalam keadaan yang teruk dengan hutang RM 1 trillion ringgit.

Ini satu *PEMBOHONGAN*. Didalam dokumen Laporan Separuh Penggal tertulis hutang sebenar negara ialah RM 686 billion ringgit.

Tujuan Propaganda ini :
Supaya Rakyat ditakut-takutkan dengan berita Negara akan bangkrap. Dan Kerajaan BN terdahulu memang tidak pandai menjaga ekonomi negara.

Sebenarnya, Ekonomi negara berada ditahap terbaik dgn. Sistem Cukai GST. Iaitu sistem cukai yang adil dan membawa pulangan yang baik untuk Rakyat.

*CUKAI SST* bukan sahaja berlaku ketirisan, tetapi menyebabkan Kerajaan kekurangan pendapatan menyebabkan pelbagai Projek Pembangunan dan pembayaran insentif dibatalkan.

*PROPAGANDA KETIGA*

Kerajaan Pakatan baru memerintah Kerajaan Persekutuan selama 5 bulan, Rakyat perlu bersabar dan bagi peluang dulu.

Hakikatnya, Menteri-Menteri Pakatan bukan sahaja tiada pengalaman mentadbir negara tetapi sebenarnya tiada knowledge, tiada standard dan memalukan. Tiada dasar yang baru untuk negara. Kebanyakkan dasar yang telah dibuat oleh Kerajaan BN. PH hanya follow-thro sahaja.

*PROPAGANDA KE EMPAT*

Dr. Mahathir berkali-kali kata, Anwar Ibrahim bakal mengantikan dia sebagai Perdana Menteri ke 8.

Dr. Mahathir akan turun dalam jangka masa 2 atau 3 tahun ini, selepas menyelamatkan negara Malaysia.

Hakikatnya, Dr. Mahathir nampak spt tidak bersedia untuk turun begitu cepat. Malaysia masih jauh lagi dari di selamatkan. Ini semua propaganda Dr. Mahathir untuk kekal lama sebagai P.M.

Ini menyebabkan Anwar Ibrahim semakin resah setiap hari berlalu.

*PROPAGANDA KE LIMA*

Dr. Mahathir kata :
*UMNO SUDAH TIADA*.
UMNO akan mati.
Rakyat sudah tidak sokong UMNO.

Sebenarnya, ini bertujuan untuk menutup kelemahan Parti PPBM yang tidak banyak ahli di Bahagian dan Cawangan. Kepimpinan di Bahagian sangat rapuh. Di Parlimen hanya ada 14 Ahli Parlimen sahaja (campur Tok Pa).

Dr. Mahathir sering dibuli oleh parti DAP dan Lim Guan Eng yang mempunyai 42 kerusi Parlimen. Dr. M asyik kena dengar cakap DAP dan Menteri Kewangan. Kepentingan orang-orang Melayu setiap hari semakin terhakis. Jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan dan GLC sudah mula diberikan kepada orang berbangsa Cina, mengikut kehendak parti DAP.

Niat Dr. Mahathir cuba mendapatkan sebanyak mungkin Ahli-Ahli Parlimen UMNO menyertai parti PPBM kerana untuk mengimbangi pengaruh DAP dan PKR didalam Kerajaan Pakatan sekiranya ada cubaan dari Blok Ahli-Ahli Parlimen PKR yang menyokong Anwar Ibrahim ingin menjatuhkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

*PROPAGANDA KE ENAM*

Propaganda keadaan Ekonomi negara yang teruk dan tidak stabil juga menyebabkan mudah bagi Kerajaan Pakatan menjual idea bahawa FELCRA juga berada di paras yang bahaya.

*ASET FELCRA* iaitu Menara Felcra di Jalan Semarak, Kuala Lumpur perlu dijual kata Azmin Ali, bagi menyelamatkan FELCRA.

Sebenarnya, Pakatan (ada kemungkinan) mempunyai tujuan menjual Aset ini pada harga dibawah pasaran. Aset yang paling penting untuk FELCRA ini, pasti akan mempunyai harga yang berlipat ganda dimasa akan datang.

Propaganda untuk menyelamatkan FELCRA dan lain-lain GLC Kerajaan, sebenarnya dijadikan peluang untuk mereka (Pakatan) *MENYAMUN ASET-ASET NEGARA INI*.

*KESIMPULANNYA*

Kesemua 6 Propaganda Dr. Mahathir ini bertujuan untuk kelabukan mata Rakyat negara daripada kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak mempunyai pengalaman mentadbir negara ini.

Selain daripada menjadikan *ALASAN AGAR JANJI-JANJI PILIHANRAYA TIDAK PERLU DITUNAIKAN*.

Dan Rakyat tidak memanggil *KERAJAAN PAKATAN DR. MAHATHIR INI, SATU KERAJAAN PEMBOHONG*.

Kita perlu bertindak menyedarkan Rakyat mengenai 6 Propaganda Dr. Mahathir ini. Agar Rakyat lebih bijak menilai :
*ANTARA PERMATA DAN KACA*.
(Mohon di viralkan )

*SELAMATKAN MALAYSIAKU*

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s